Banners

Friday, January 11, 2013

The Tower

Semalam lepas dengar briefing untuk program GCAP di Scicom...aku pun jln2 di KLCC. Kami membuang masa dengan menonton wayang. Fikir pny fikir nak tgk citer apa...kami decide nk tgk cerita The Tower..cerita korea...cerita mengisahkan pada malam krismis..mlm tu disambut meriah disna..yela org2 VVIP jew yg mampu duk sna...mmg class la bngunan ni ala2 klcc pn ada jgak....kemusnahan tower tu terjadi kerana sebuah helikopter dengan muatan salji buatan tidak dapat dikawal kerana angin lintang.Helikopter tu telah merempuh bangunan tu dah kebakaran telah berlaku. Banyak cabaran dan dugaan untuk keluar dari bangunan tersebut. Pihak bomba berusaha menyelamtkan semua. Dalam cerita ini kita dapat lihat semua orang akan mementingkan diri sendri tidak peduli kanak2 atau org tua mereka tdk mahu tolong tp yg pentingkan dri akan mati..lps tu utamkan org kenamaan jew..kesian org biasa ditindas..ada babak2 cinta,kelakar tp byk pengajran diselitkn disni..aku bg 8 bintang cerita ni sb byk action ditonjolkan..cerita ni pn kat korea ranking no1...aku nk tgk lagi...jom la tgk hihi....cerita lagi best ble popcorn ada bersama di sisi hihi...

snek wajib ketika di wayang hihi...

Wednesday, January 9, 2013

Rainbow Cake

Tajuk pun Rainbow Cake kan..mesti nak cerita pasal rainbow cake atau kek pelangi. Kek ini dipanggil pelangi kerana mempunyai 7 warna kesemuanya..seperti pelangi sgt cantik.kanak-kanak mudah tertarik kerana warnanya yg sgt menarik...

sekadar hiasan....

Cuti tahun baru aku belajar buat kek dgn ucu aku...ucu aku bt part time menjual cupcakes, cakes dan bermacam2 lagi..nk promote ni hihi....klau ada masa singgahla blog ini http://www.sirehjunjungshop.blogspot.com

Hari itu dengan tekun nya aku menyiapkan kek tersebut...satu lapisan mengambil masa 30 minit...aku letak cheese cream bukan buttercream..klau nak resipi boleh ikut resipi martha stewart atau anna olsen...mmg sdp...ini hasilnya..aku bagi kek ni kat ofis...semua kta sedap dan minta resipi lagi..percubaan pertama yg agk baik... 



 Inilah hasilnya rainbow cake with cheese frosting....sdp kan hihi...

Nanti nak belajar buat cake lagi..klau ada mood la hihi....

Tuesday, January 8, 2013

Jom ke bandaraya bersejarah....

Melaka telah di istiyarkan bandaraya bersejarah. memang patut dipanggil melaka bersejarah kerana kita semua sudah mengatahui asal usul negeri Melaka. Jom kita belajar sejarah balik hihi...Pada zaman dahulu seorang raja bernama Parameswara dari sumatera telah lari menyelamatkan diri dari perang. Beliau dan pengikutnya telah berehat di suatu tempat yang tidak ketahui. Baginda ingin membina kerajaan di sana...ketika itu baginda sedang berehat di bawah pokok melaka, maka baginda menamakan Melaka bagi negeri barunya...begitula ceritanya..panjang cerita asal usul Melaka. Dari Parameswara, penjajahan Portugis, Belanda, British, Jepun dan cerita mengenai mangkat Sultan Mahmud sehingga sekarang Melaka tidak mempunyai raja...

Berbalik cerita aku...aku bercuti di Melaka 3 hari 2 malam....

Hari 1:

Kami bertolak dari KL pada pkl 8 pagi...hati sgt seronok kerana dapat bercuti bersma keluarga...dh lma tak bercuti bersma2..kami singgah di R&R Nilai...kami sambung perjalanan...kami suka ikut jalan Port Dickson..ikut jalan dalam..xikut highway ke Melaka...dalam 2 jam perjalanan kami sampai di Masjid Tanah, tempat yang ingin dituju kedai cendol..cendol kat sini memang power...


Kalau tak pekena cendol ni memang tak sah...memang tak jmp kat man2 tmpt..sdp sangat...hihi...Selepas itu kami berjalan disekitar Melaka dr Masjid Tanah, Alor Gajah membeli sos cili kuih udang sampai la ke Jusco Air Keroh. Kami menginap di Hotel Sri Malaysia Air Keroh







                                  Ni la sos nya...memag sedap dicicah apa saja terutama sekali mkan kuih udang...

Ni lah tempat berehat kami untuk 2 malam...ada swimming pool lagi hahah....


Sebelah malam kami berjalan disekitar Melaka..kami pergi ke Mydin. Walaupun di KL ada Mydin tapi di sini banyak menjual produk IKS..memang nampak menarik, kami juga berjalan menikmati lampu neon di Bandar Hilir dan destinasi akhir makan di sekitar Air Keroh..

Bandar Hilir pada waktu malam...

Hari ke-2:

Sebelum berjalan mestilah kena bersarapan dulu...kami makan di hotel..makan sampai pengsan hahah..byk aku makan..dr western hingga lah mkanan melayu..destinasi pertama ialah river cruise. waktu menunjukkan 8.30 pg...river cruise blm mulakn operasinya..kami pn pergi muzium kastam, banyak info yang kami peroleh. Tepat jam 9 kami pergi ke kaunter river cruise, kami dapat menikmati diskaun 20% pada siapa yang menginap Hotel Seri Malaysia. Setelah diskaun harga seorang RM 8.00..murahkan haha...lps 2 kami pergi ke muzium samudera. Aku dah lama x ke muzium tu..last skali aku amsih kecik lagi...banyak info mengenai sejarah Melaka diketahui..detinasi berikutnya ke pantai klebang..adik aku ingin lunch ditepi pantai..makan sambil menghirup udara ditepi pantai...perjalanan pulang ke Bandar Hilir, aku singgah di coconut shake..air disini memamg original...

menimati pemandangan melaka di atas sungai...

Muzium Samudera

Bnadar Hilir

sumber dari blog: coconut shake....

Hari 3:

Bersiap pulang ke KL..sarapan dahulu...dan terus meninggalkan bumi yang penuh bersejarah ni...aku akan pergi lagi tapi dengan kawan2 aku plak.bertolak dari Melaka pkl 8.50 pg smp KL 10.30 pg..cpt gler kn..xsmpt nak kuar air liur basi hahha...harap dpt bercuti lagi bersma keluarga ku yg tersayang...