Banners

Monday, October 22, 2012

Jom kita shopping....

Sabtu dan ahad lepas merupakan hari yang paing sibuk...Sibuk sangattttt...sibuk ber'shopping' hahah...sabtu pergi kenanga wholesale...belum habis penat berjalan di KWC..mak ajak shopping kat Mid Valley plak..aku ikut sahaja tanpa membantah...perjalanan kami ke Mid Valley bermula pada pukul 12 tengah hari...Mula-mula kami jejak kedai menjual aksesori..memang lawa-lawa sangat..memang rambang mata la...kemudian tengok samsung note II..(boleh tengok jew..nak beli tak mampu lagi...sabar jew la..hee)...


(Promotion di Mid Valley...)


( Boleh main fon ni jap jew...dapat pegang jap pn jadi lah walaupun bukan jadi milik kekal hihi)



dah agak-agak tawaf satu mid, kami singgah di baskin robbin...bulan ni sampai bulan depan ada promotion..aku pilih waffle with 2 scope yang berharga RM 11.70 after discount...memang sedap sangat...=)

(Sekadar hiasan hee)

Memag sedap la baskin robbin...lepas alas perut dengan baskin robbin, aku jalan-jalan lagi...cuci mata di Charles & Keith..tengok bag, kasut dll...

 (Charles & Keith at Mid Valley)

Kalau nak bercerita be'shopping" memang 7 hari 7 malam tak habis...memang seronok sangat minggu ni sebab dapat jalan-jalan...harap lain kali dapat jalan lagi dengan mak yang ku sayangi...terima kasih sebab belanja...hihi...=)


Monday, October 15, 2012

Secret Recipe...

Hari ini cerita makan lagi...makan...makan...selagi bernyawa..selagi itu la manusia perlukan makanan...harini ada promotion di secret recipe beli marble cheese cake 1 dapat 1 free..aku pn dengan hati yang gembira promote kat kawan-kawan aku...aku pn pergi la ke secret recipe...

[ni la iklan promotion tu]

Aku pn excited ke secret recipe dengan harapan akan dapat makan cheese cake tersebut. Bak kata pepatah harap panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah ari...harapan tinggal harapan apabila promotion tersebut ditempat yang terpilih saja..itulah akibatnya tidak membaca sampai habis iklan tersebut...akhirnya aku decide makan jew apa yang kat situ dengan hati yang hampa...selalunya aku akan order fish n chips..itu memang makanan favourite aku la...

[fish and chips...terliur aku tgk pic ni hee~~]


[ lasagne]

Aku pn order la lasagne yang telah lama aku idamkan. Dah lama nak makan lasagne tapi masa tak sesuai...arini dapat makan jgak...hihi

[noodle in tom yum soup]

Ni kawan aku makan....kuahnya memang sedap..mee memang best...terbaik lah hihi...walaupun dah terlari budget arini...xpelah dah teringin sgt makan...makan jew la...esk kna makan roti jew la hahah...dah lari budget...


p/s: Baca iklan sampai habis...kalau tak menyesal tidak ada gunanya lagi..ingat nak save akhirnya terlebih budget haha....


Sunday, October 14, 2012

Satay station....

Hari minggu ada hari yang paling menggmbirakan kerana dapat merehatkan badan dan minda dirumah. Seharian duduk rumah rasa lapar plak. Tiba-tiba teringin makan satay...apa lagi kena pekena makan satay la...hari ini nak cuba makan satay kat tempat lain. Tempat ini suggestion dari nenek aku. Aku,mak dan abah aku pn nak rasa la satay yang diperkatakan nenek aku ni di satay station di selayang...

[Ni lah tempatnya..berdekatan dengan kolam renang Sri Antan Selayang yang nak menghala ku Ulu Yam]

Menu utama mesti la satay kan...selain itu ada mee rebus dan sup...Aku makan satay ayam, daging dan merr rebus...memang kenyang la...dah lepas ujan kan perkena teh tarik lagi memang terbaik la..=)

ni mee rebus...

satay ayam & daging...presentation bgs hihi...

Di sini ada pakej perkahwinan di ampang waterfront klau nak tahu mengenai pakej tersebut bolah la kunjungi laman webhttp//www.sataystation.blogspot.com..[wah promote la plak..haha]


Thursday, October 11, 2012

mael lambong....

"Mael lambong tak makan rasuah" Itu adalah petikan dari cerita mael lambong. Hari ini kerja tak banyak sangat...maka aku buat keputusan untuk menonton apa2 cerita..cari punya cari akhirnya aku dan kawan aku decide nk tengok mael lambong...cerita ini mengisahkan seorang lelaki yang bekrja sebagai penarik kereta tanpa sengaja dia telah terjebak dalam kes siasatan jenayah cyber. Banyak halangan diharungi untuk membongkar kes tersebut. Lakonan Zizan Razak sebagai Mael Lambong, Julia Evans, Tai dan ramai lagi....


[ Sejak-sejak ni aku asyik cerita filem jew kan...xpelah ni jew kje aku skrng asyik tgk cerita jew haha]=)

Tuesday, October 9, 2012

29 February....

Ait apa cerita bulan Februari ni...skrng dh nak masuk bulan Oktober la..mamun ka?Hahah...ni nak cerita mengenai filem 29 Februari la...lain kali tanya la dulu...tengok kan dah malu hihi...Cerita arahan Edry Abdul Halim ini mengisahkan Budi (Remy Ishak) dilahirkan pada 29 Februari 1896 ketika itu masih dijajah oleh pihak British.Kelahiranya sangat dinantikan oleh ibu bapanya. Bapanya seorang pegawai kerajaan British. Ibu bapa Budi meninggal ketika penjajahan Jepun. Pihak Jepun membunuh semua yang mempunyai kaitan dengan British. Kelebihan Budi ialah fizikal dah raut muka yang lambat dimamh usia kerana tarikh lahirnya berlaku pada tahun genap iaitu setiap 4 tahun...Budi mulai mencintai Lily (Gina) ketika itu Budi sudah berumur lbh kurang 65 tahun..cinta mereka dihalang oleh keluarga...Apakah kesudahannya..saksikan 29 februari...aku suka tengok pun sebab diaorang shooting kat sekolah aku (MGSKL)..bangga sekolah aku berlakon hahha...nak tengok kt sini pn blh...http://www.bsyokmovies.blogspot.com


Monday, October 8, 2012

Adam & Hawa

Sekarang ni aku asyik melayan cerita adam & hawa.Cerita ini adalah adaptasi dari novel "Adam & Hawa" dari penulis yang tidak asing lagi iaitu Aishah Sofea.Banyak hasil karya aku baca dan aku sangat suka jalan cerita yang dihasilkan,bukan senang nak jai penulis yang terkenal dan orang luar boleh menerima karya kita...Stop!!! dah melalut aku plak ni...cerita ini mengisahkan tentang Adam (aaron aziz) yang diminati ramai..ramai mencerubui Ain Hawani (Nadia Nisaa) kerana dapat mendekati Adam.Kawan baik Adam, Dee (Anzalna) mencemburui keakraban mereka dan memerangkap mereka sehingga ditangkap khalwat. Sejak dari itu, Ain sangat benci pada Adam dan menjauhkan diri dari Adam.Ketika itu, Ain mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Australia..Apakah perkahwinan meraka akan berkekalan? Adakah cinta mereka akan berputik? Adakah cinta mereka seperti Adam & Hawa terpisah di bumi ini? Saksikan cerita ini sebanyak 80 episod...(Adui smp thn ble nak abis ni haha..=p)...Jom layan OST Adam & Hawa








Labur Oh Labur (LOL)


Hari ini saja nak kempen mari melabur di asnb...Jom la melabur dapt ipad 2...siapa yg ada ASB saja yang menyertai kempen ni...kalau yang tak ada jgn sedih2...bkak la akaun ASB skrng...kempen ni sampai bulan Disember ni...jom melabur..=)..keterangan lebih lanjut korang tengok link ni http://www.asnb.com.my