Banners

Sunday, December 16, 2012

Jom Berhibur...Bahagian 2

Pada hari sabtu..aku dan kawan aku pergi berjimba di theme park i city yang telah dijanjikan hari itu. Setelah sampai di sana aku tak sangka orang yang berkunjung di situ sangat la ramai...macam lautan manusia datang ke sana..yela sekarang ni waktu musim cuti sekolah..ramai yang membawa anak-anak meraka bercuti...
aku sampai di sana..orang sudah beratur panjang..salah satu kawan aku sudah masuk theme park tersebut.kalau beratur panjang alamat pukul berapa baru boleh masuk...dusebabkan kawan aku ni staff NSTP, kami pn dapat la laluan VVIP...wahhh seronok rasanya tidak perlu beratur..hahah...aku agak teruja melihat suasana di sana setelah sekian lama tidak masuk theme park..waktu terakhir aku masuk ketika aku masih sekolah rendah di Sunway Lagoon. Tempat yang paling menarik ialah..tornado...


Ni la tarnado...nampak memang best sangat...ketika itu terlalu ramai orang..sampi tak ada mood nak mndi kat sna...kami pun mengundur diri pergi ke tempat lain...fikir punya fikir..kitaorang pergi ke paradigm mall di Kelana Jaya...


waktu dah menunjukkan 1 p.m...perut masing-masing dah bekeroncong haha...kami pun memilih tempat yang selesa dan boleh berborak-borak...kami pun pergi la kat directory guide...cari punya cari, kami decide nak makan kat seoul garden..ala2 BBQ..mcm cerita korea tu...kami pun mencari misi pencarian seoul garden...

suasana memang best...makanan pn best jgak...kenyang sangat..just byr rm26++ dan makan la sebanyak mana yang mungkin...

(banyak pilihan...)
(ni dapurnya...kena masak sendiri...hihi)

Hari ini main masak-masak dengan kawan-kawan aku...ada ayam, daging, sotong...hmmmm memang sedap sangat...desert ais krim, abc pn ada jgak....memang berjam la kitaorg kat sna...dr pkl 1 lbh smp la pkl 4 ktorg lepak kt sana..sambil makan dan borak2...lps 2...kami berjalan disekitar paradigm...semua kdai ada kat sna..rasa nak pergi lagi lepas ni...kawan aku pn ada ajak lagi ke sana..

Jom berhibur...Bahagian 1



Aku sudah 3 bulan tidak bertemu dengan kawan baik aku sejak dibangku sekolah lagi. Ini kerana semua sibuk dengan kehidupan mereka masing-masing. kami faham akan kesibukan kami masing-masing...pada pertemuaan pertama sejak 3 bulan tidak bersua..kami berjumpa selepas bekerja..kami bertemu di Rasta TTDI.Lokasi berhampiran Restoran Puteri...


Perjalanan dari bangsar ke ttditidak la jauh sangat..lebih kurang 15-20 minit jew...itu pn klau tidak mengalami kesesakan lalu lintas. Suasana di sana sangat best..pelbagai maknan yang terdapat disana...makana western, arab, melayu dan bermacam-macam lagi. Hari iti aku pilih waffle with ice- cream, kawan aku makan waffle with banana chocolate and kerang bakar

[waffle with ice cream...yummy...]
memang terbaik la waffle kat sini...sedap sangat dengan ais krim lagi menambah selera hihi....

waffle ni kawan aku yang makan tp aku rembat jgak sikit hahah...pelahap sungguh hahah...

kawan aku teringin nak makan kerang bakar...aku xlayan kerang bakar...aku toling kopek jew hahah....

Banyak jugak la ceritadan gosip yang sensasi diceritakan..yela sudah 3 bulan tidak bersua..bertimbun la cerita nak diceritakan...salah seorang kawan aku kerja di NSTP...hujung minggu ni Harian Metro memberi 20,000 tiket percuma ke theme park i-city Shah Alam. Kawan aku bagi la 2 tiket percuma..minggu ni nak berjimba kat sana plak...borak punya borak dah pkl 10 malam..aku dan kawan aku hantar kawan aku ni sampai depan rumahnya...pkl 11 malam baru sampai rumah..memang mengantuk sangat...esok nak pergi kerja balik..ZzzZZZ....

Wednesday, December 5, 2012

Jom karok di Red Box

Aku ni suka sangat menyanyi...kt toilet lakt ruang tamu la..di mana saja..kalau rasa nak nyanyi tu aku layan jew sampai nenek aku dah tak tahan dengar suara aku yang macam katak tu..."wanie...masuk la AF tu nak sangat nyanyi..." Tersentap aku disitu...mak cik aku plak back up nenek aku...habis la aku jadi bahan hari itu..(mood ketika itu kecewa)....

Aku pun tak tahu sejak bila kau suka karok...tempat yang paling aku suka karok di Red Box...aku selalu pergi kat Mid Valley tak pun Sogo...ada ketika itu aku melalak sampai ke 1 pagi...selamat aku dah mesej mak aku awl2...tak ada la kena bahan amukan hahaha.....

Kali ini aku nak cerita...aku dgn kawan aku suka karok...keluar jew mesti nak karok...Kali ini aku nak ubah angin...nak tukar tempat sebab bila aku kat sogo asik bateri mic low jew...smp dah xde mood nak karok...aku cadangkan kawan aku pergi karok kat Red Box Pavillion..rate dia blh thn la jgak..

RED BOX PLUS PAVILION KUALA LUMPUR






























[sumber dari: www.redbox.com.my]


Room karoke pun lagi eksklusif hahah...macam best jew kan tempat ni...

 [ Room best sgt..!!!]

Minggu ni nak pergi karok lagi nak asah vokal hahaha...tp tau lg kat mana and nak celebrate birthday kawan aku cik farah yang ke-25..=)
 
 
SESSION
MON - THU
FRI
SAT/EVE PH
SUN/PH
LUNCH
11:00 - 15:00
RM25++

Semi Buffet
Free Flow Soft Drink
RM25++

Semi Buffet
Free Flow Soft Drink
RM32++

Lunch Buffet
Free Flow Soft Drink
RM32++

Lunch Buffet
Free Flow Soft Drink
MERRY HOUR
13:00 - 18:00
RM35++

Include 2 Drinks

Student RM18++
RM35++

Include 2 Drinks

Student RM18++
RM38++

Hi Tea Buffet
(15:00 - 17:00)
Include 1 Drink

Student RM20++
RM38++

Hi Tea Buffet
(15:00 - 17:00)
Include 1 Drink

Student RM20++
REGULAR HOUR
18:00 - 23:59
RM68++

+ 1 drinks and
Dinner Buffet
(18:00 - 22:00)
RM72++

+ 1 drinks and
Dinner Buffet
(18:00 - 22:00)
RM72++

+ 1 drinks and
Dinner Buffet
(18:00 - 22:00)
RM68++

+ 1 drinks and
Dinner Buffet
(18:00 - 22:00)
NIGHTINGALE
00:00 - Late
RM48++

Include 1 drink
RM52++

Include 1 drink
RM52++

Include 1 drink
RM48++

Include 1 drink
 


Tengok room dia best giler kan....minggu ni kawan aku ajak karok lagi...hope dpt la g karaok kt sna and celebrate birthday kawan aku yg ke-25...happy birthday cik farah hahah....


Tuesday, December 4, 2012

Cinta Itu Milikku

Jiwang lagi mianh ni....jiwang karat la...tak layan la jiwang-jiwang ni....hahaha...wait...dont judge book by its cover...aku nak cerita drama yang di siarkan sekarang ni di tv3 setiap isnin-khamis pkl 7...Cerita ini mengisahkan percintaan Rania dan Zafril..banyak halangan dan rintangan sepanjang hubungan mereka..Dini bekas tunang Zafril sanggup melakukan apa sahaja untuk mendekati Zafril...Dr Syafiq, Doktor peribadi keluarga Rania..mencintai Rania dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendekati Rania...konflik keluarga Datuk Haron juga menambah kan seronok dalam cerita ini...hee


Lagu tema dia jgak aku suka...nyanyian dari Akim dan Stacy....

Jom layanzzz lagu ni....syiokkk...hehe...

Monday, December 3, 2012

Andai Ku Bercinta Lagi....

Wahhhh....tajuk macam gempak jew...jatuh cinta lagi kew..haha...tak adalah...aku nak kongsi lagu kegemaran aku buat masa ini...Mojo..Andai ku bercinta lagi...aku suka dengar suara vokalis ni..memang sedap sangat dan lirik dia memang best..harap boleh tak jadi juara untuk AJL kali ini..hihi...mari karok ramai-ramai hihi... Jom layanzzz.....


Lirik Lagu Andai Ku Bercinta Lagi -MOJO

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/03/lirik-lagu-andai-ku-bercinta-lagi-mojo.html#ixzz2DzePKVUe

~ Y.E.S ~

Lagi 28 hari kte akan meninggalkan tahun 2012...sekejap saja masa berlalu...Betul kata orang tua..masa itu emas.Masa tidak menunggu kita, kita yang sepatutnya mengejar masa. Cuba kite fikir sejenak..selama 338 hari apa yang telah kita buat...adakah impian dan perancangan kita pada tahun ini tercapai?? Jika belum kita harus pertingkatkan usaha untuk menambahbaik kehidupan kita dan perancangan kita terlaksana. Mengenai azam ni kita akan bercerita pada di masa akan datang hee...=p

Kita sudah maklum, bila hujung tahun mesti ada Y.E.S [Year End Sale]. Hari ini datang kerja nampak pamplet dari guardian. Baru tengok aku dah jadi rambang mata.Semua murah-murah belaka. Beli satu percuma satu. Ini yang tak tahan iman nak bershopping ni hehe...selamat la tak masuk elaun. Kalau dah masuk, dah lama aku dah melawat guardian hee...



Nampak jew atas meja aku terus buka..mata aku macam bersinar-sinar melihat banyak sangat discount haha..Lagi satu aku nak beritahu ada promotion subway..beli satu percuma satu..aku dapat kupon dari paper The Sun [ 30th Sept 2012]


 Pada siapa yang minat makan sandiwich or diet boleh la makan kat sini..memang sedap dan healthy...!!