Banners

Sunday, December 16, 2012

Jom Berhibur...Bahagian 2

Pada hari sabtu..aku dan kawan aku pergi berjimba di theme park i city yang telah dijanjikan hari itu. Setelah sampai di sana aku tak sangka orang yang berkunjung di situ sangat la ramai...macam lautan manusia datang ke sana..yela sekarang ni waktu musim cuti sekolah..ramai yang membawa anak-anak meraka bercuti...
aku sampai di sana..orang sudah beratur panjang..salah satu kawan aku sudah masuk theme park tersebut.kalau beratur panjang alamat pukul berapa baru boleh masuk...dusebabkan kawan aku ni staff NSTP, kami pn dapat la laluan VVIP...wahhh seronok rasanya tidak perlu beratur..hahah...aku agak teruja melihat suasana di sana setelah sekian lama tidak masuk theme park..waktu terakhir aku masuk ketika aku masih sekolah rendah di Sunway Lagoon. Tempat yang paling menarik ialah..tornado...


Ni la tarnado...nampak memang best sangat...ketika itu terlalu ramai orang..sampi tak ada mood nak mndi kat sna...kami pun mengundur diri pergi ke tempat lain...fikir punya fikir..kitaorang pergi ke paradigm mall di Kelana Jaya...


waktu dah menunjukkan 1 p.m...perut masing-masing dah bekeroncong haha...kami pun memilih tempat yang selesa dan boleh berborak-borak...kami pun pergi la kat directory guide...cari punya cari, kami decide nak makan kat seoul garden..ala2 BBQ..mcm cerita korea tu...kami pun mencari misi pencarian seoul garden...

suasana memang best...makanan pn best jgak...kenyang sangat..just byr rm26++ dan makan la sebanyak mana yang mungkin...

(banyak pilihan...)
(ni dapurnya...kena masak sendiri...hihi)

Hari ini main masak-masak dengan kawan-kawan aku...ada ayam, daging, sotong...hmmmm memang sedap sangat...desert ais krim, abc pn ada jgak....memang berjam la kitaorg kat sna...dr pkl 1 lbh smp la pkl 4 ktorg lepak kt sana..sambil makan dan borak2...lps 2...kami berjalan disekitar paradigm...semua kdai ada kat sna..rasa nak pergi lagi lepas ni...kawan aku pn ada ajak lagi ke sana..

Jom berhibur...Bahagian 1



Aku sudah 3 bulan tidak bertemu dengan kawan baik aku sejak dibangku sekolah lagi. Ini kerana semua sibuk dengan kehidupan mereka masing-masing. kami faham akan kesibukan kami masing-masing...pada pertemuaan pertama sejak 3 bulan tidak bersua..kami berjumpa selepas bekerja..kami bertemu di Rasta TTDI.Lokasi berhampiran Restoran Puteri...


Perjalanan dari bangsar ke ttditidak la jauh sangat..lebih kurang 15-20 minit jew...itu pn klau tidak mengalami kesesakan lalu lintas. Suasana di sana sangat best..pelbagai maknan yang terdapat disana...makana western, arab, melayu dan bermacam-macam lagi. Hari iti aku pilih waffle with ice- cream, kawan aku makan waffle with banana chocolate and kerang bakar

[waffle with ice cream...yummy...]
memang terbaik la waffle kat sini...sedap sangat dengan ais krim lagi menambah selera hihi....

waffle ni kawan aku yang makan tp aku rembat jgak sikit hahah...pelahap sungguh hahah...

kawan aku teringin nak makan kerang bakar...aku xlayan kerang bakar...aku toling kopek jew hahah....

Banyak jugak la ceritadan gosip yang sensasi diceritakan..yela sudah 3 bulan tidak bersua..bertimbun la cerita nak diceritakan...salah seorang kawan aku kerja di NSTP...hujung minggu ni Harian Metro memberi 20,000 tiket percuma ke theme park i-city Shah Alam. Kawan aku bagi la 2 tiket percuma..minggu ni nak berjimba kat sana plak...borak punya borak dah pkl 10 malam..aku dan kawan aku hantar kawan aku ni sampai depan rumahnya...pkl 11 malam baru sampai rumah..memang mengantuk sangat...esok nak pergi kerja balik..ZzzZZZ....

Wednesday, December 5, 2012

Jom karok di Red Box

Aku ni suka sangat menyanyi...kt toilet lakt ruang tamu la..di mana saja..kalau rasa nak nyanyi tu aku layan jew sampai nenek aku dah tak tahan dengar suara aku yang macam katak tu..."wanie...masuk la AF tu nak sangat nyanyi..." Tersentap aku disitu...mak cik aku plak back up nenek aku...habis la aku jadi bahan hari itu..(mood ketika itu kecewa)....

Aku pun tak tahu sejak bila kau suka karok...tempat yang paling aku suka karok di Red Box...aku selalu pergi kat Mid Valley tak pun Sogo...ada ketika itu aku melalak sampai ke 1 pagi...selamat aku dah mesej mak aku awl2...tak ada la kena bahan amukan hahaha.....

Kali ini aku nak cerita...aku dgn kawan aku suka karok...keluar jew mesti nak karok...Kali ini aku nak ubah angin...nak tukar tempat sebab bila aku kat sogo asik bateri mic low jew...smp dah xde mood nak karok...aku cadangkan kawan aku pergi karok kat Red Box Pavillion..rate dia blh thn la jgak..

RED BOX PLUS PAVILION KUALA LUMPUR






























[sumber dari: www.redbox.com.my]


Room karoke pun lagi eksklusif hahah...macam best jew kan tempat ni...

 [ Room best sgt..!!!]

Minggu ni nak pergi karok lagi nak asah vokal hahaha...tp tau lg kat mana and nak celebrate birthday kawan aku cik farah yang ke-25..=)
 
 
SESSION
MON - THU
FRI
SAT/EVE PH
SUN/PH
LUNCH
11:00 - 15:00
RM25++

Semi Buffet
Free Flow Soft Drink
RM25++

Semi Buffet
Free Flow Soft Drink
RM32++

Lunch Buffet
Free Flow Soft Drink
RM32++

Lunch Buffet
Free Flow Soft Drink
MERRY HOUR
13:00 - 18:00
RM35++

Include 2 Drinks

Student RM18++
RM35++

Include 2 Drinks

Student RM18++
RM38++

Hi Tea Buffet
(15:00 - 17:00)
Include 1 Drink

Student RM20++
RM38++

Hi Tea Buffet
(15:00 - 17:00)
Include 1 Drink

Student RM20++
REGULAR HOUR
18:00 - 23:59
RM68++

+ 1 drinks and
Dinner Buffet
(18:00 - 22:00)
RM72++

+ 1 drinks and
Dinner Buffet
(18:00 - 22:00)
RM72++

+ 1 drinks and
Dinner Buffet
(18:00 - 22:00)
RM68++

+ 1 drinks and
Dinner Buffet
(18:00 - 22:00)
NIGHTINGALE
00:00 - Late
RM48++

Include 1 drink
RM52++

Include 1 drink
RM52++

Include 1 drink
RM48++

Include 1 drink
 


Tengok room dia best giler kan....minggu ni kawan aku ajak karok lagi...hope dpt la g karaok kt sna and celebrate birthday kawan aku yg ke-25...happy birthday cik farah hahah....


Tuesday, December 4, 2012

Cinta Itu Milikku

Jiwang lagi mianh ni....jiwang karat la...tak layan la jiwang-jiwang ni....hahaha...wait...dont judge book by its cover...aku nak cerita drama yang di siarkan sekarang ni di tv3 setiap isnin-khamis pkl 7...Cerita ini mengisahkan percintaan Rania dan Zafril..banyak halangan dan rintangan sepanjang hubungan mereka..Dini bekas tunang Zafril sanggup melakukan apa sahaja untuk mendekati Zafril...Dr Syafiq, Doktor peribadi keluarga Rania..mencintai Rania dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendekati Rania...konflik keluarga Datuk Haron juga menambah kan seronok dalam cerita ini...hee


Lagu tema dia jgak aku suka...nyanyian dari Akim dan Stacy....

Jom layanzzz lagu ni....syiokkk...hehe...

Monday, December 3, 2012

Andai Ku Bercinta Lagi....

Wahhhh....tajuk macam gempak jew...jatuh cinta lagi kew..haha...tak adalah...aku nak kongsi lagu kegemaran aku buat masa ini...Mojo..Andai ku bercinta lagi...aku suka dengar suara vokalis ni..memang sedap sangat dan lirik dia memang best..harap boleh tak jadi juara untuk AJL kali ini..hihi...mari karok ramai-ramai hihi... Jom layanzzz.....


Lirik Lagu Andai Ku Bercinta Lagi -MOJO

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/03/lirik-lagu-andai-ku-bercinta-lagi-mojo.html#ixzz2DzePKVUe

~ Y.E.S ~

Lagi 28 hari kte akan meninggalkan tahun 2012...sekejap saja masa berlalu...Betul kata orang tua..masa itu emas.Masa tidak menunggu kita, kita yang sepatutnya mengejar masa. Cuba kite fikir sejenak..selama 338 hari apa yang telah kita buat...adakah impian dan perancangan kita pada tahun ini tercapai?? Jika belum kita harus pertingkatkan usaha untuk menambahbaik kehidupan kita dan perancangan kita terlaksana. Mengenai azam ni kita akan bercerita pada di masa akan datang hee...=p

Kita sudah maklum, bila hujung tahun mesti ada Y.E.S [Year End Sale]. Hari ini datang kerja nampak pamplet dari guardian. Baru tengok aku dah jadi rambang mata.Semua murah-murah belaka. Beli satu percuma satu. Ini yang tak tahan iman nak bershopping ni hehe...selamat la tak masuk elaun. Kalau dah masuk, dah lama aku dah melawat guardian hee...



Nampak jew atas meja aku terus buka..mata aku macam bersinar-sinar melihat banyak sangat discount haha..Lagi satu aku nak beritahu ada promotion subway..beli satu percuma satu..aku dapat kupon dari paper The Sun [ 30th Sept 2012]


 Pada siapa yang minat makan sandiwich or diet boleh la makan kat sini..memang sedap dan healthy...!!

Sunday, November 25, 2012

Breakfast with Mc Donald...

Kita semua ketahui peperangan di Palestin sudah berakhir...ketika peperangan berlaku di Malaysia berlaku ingin memboikot produk U.S.A. Ini kerana Amerika menyokong peperangan ini...nak dijadikan cerita...McD memberi sarapan pagi percuma...banyak post di FB supaya memboikot McD...luar negara membuat demo di depan McD tetapi tdk di sini beratur panjang untuk mendapatkan makanan percuma...kecoh di FB post jangan menyokong produk Amerika...aku pun xtau nak kata apa..sebab aku tak berapa nak arif sangat bab2 ini...walaupun McD disini telah memberi kenyataan bahawa tidak menyalurkan dana ke Israel...

[hmmmm yummy]

Aku makan je McD...hahah...Aku tak ada komen tentang isu ini...aku rasa baik yang lebih arif memberi info mengenai isu ini...mlm tadi baru makan fillet of fish & apple pie ...ummmphhh sedapnya....

[ my favourite ini...=)]


 [apple pie : sumber dari Mr google]

Aku rasa kalau niat kita tidak membanti Israel mungkin tak salah kalau mereka mengguna duit itu ke arah peperangan itu urusan dia dengan maha pencipta...ini cuma pandangan aku jew..aku hanya insan yang kerdil ni hanya memberi pandangan saja...

Red Light....

Sudah lama aku tidak menonton filem di wayang dah berbulan aku tak menjenguk GSC di Mid Valley...Mid memang fav port aku la..aku pan tak tau kenapa aku suka pergi sana haha....tujuan utama aku nak menonton sinister tetapi sedihnya tayangannya pada 12.45 pagi..[arghhhh alamatnya tertdo la nnt haha mcm ayah aku bg balik tgh pagi kan...]

Setelah berbicang dgn kwn aku dengan sedalam-dalamnya...aku pilih cerita red light...cerita ini mengisahkan tentang orang yang menipu tentang kewujudan paranormal...disebalik cerita itu banyak rahsia dan aku pun xbrp nak faham..aku sebenarnya nak tgk cerita hantu...ini xbrp nak hantu...akhirnya kawan aku terangkan cerita itu...cerita itu sesuai kpd penonton psikologi..best jgak la...tapi next time aku nak cerita yang lagi seram dari ini...

(cerita ini baru la serammmm!!!!)

Pada permulaan cerita ok..tp tgh klimaks kurang sikit la...pandai sgt la komen kan hahah

(Trailer Red Light)

Lepas ini aku nak tengok cerita yang giler kentang serammmm....bila nak kuar cerita best ni....

Monday, October 22, 2012

Jom kita shopping....

Sabtu dan ahad lepas merupakan hari yang paing sibuk...Sibuk sangattttt...sibuk ber'shopping' hahah...sabtu pergi kenanga wholesale...belum habis penat berjalan di KWC..mak ajak shopping kat Mid Valley plak..aku ikut sahaja tanpa membantah...perjalanan kami ke Mid Valley bermula pada pukul 12 tengah hari...Mula-mula kami jejak kedai menjual aksesori..memang lawa-lawa sangat..memang rambang mata la...kemudian tengok samsung note II..(boleh tengok jew..nak beli tak mampu lagi...sabar jew la..hee)...


(Promotion di Mid Valley...)


( Boleh main fon ni jap jew...dapat pegang jap pn jadi lah walaupun bukan jadi milik kekal hihi)



dah agak-agak tawaf satu mid, kami singgah di baskin robbin...bulan ni sampai bulan depan ada promotion..aku pilih waffle with 2 scope yang berharga RM 11.70 after discount...memang sedap sangat...=)

(Sekadar hiasan hee)

Memag sedap la baskin robbin...lepas alas perut dengan baskin robbin, aku jalan-jalan lagi...cuci mata di Charles & Keith..tengok bag, kasut dll...

 (Charles & Keith at Mid Valley)

Kalau nak bercerita be'shopping" memang 7 hari 7 malam tak habis...memang seronok sangat minggu ni sebab dapat jalan-jalan...harap lain kali dapat jalan lagi dengan mak yang ku sayangi...terima kasih sebab belanja...hihi...=)


Monday, October 15, 2012

Secret Recipe...

Hari ini cerita makan lagi...makan...makan...selagi bernyawa..selagi itu la manusia perlukan makanan...harini ada promotion di secret recipe beli marble cheese cake 1 dapat 1 free..aku pn dengan hati yang gembira promote kat kawan-kawan aku...aku pn pergi la ke secret recipe...

[ni la iklan promotion tu]

Aku pn excited ke secret recipe dengan harapan akan dapat makan cheese cake tersebut. Bak kata pepatah harap panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah ari...harapan tinggal harapan apabila promotion tersebut ditempat yang terpilih saja..itulah akibatnya tidak membaca sampai habis iklan tersebut...akhirnya aku decide makan jew apa yang kat situ dengan hati yang hampa...selalunya aku akan order fish n chips..itu memang makanan favourite aku la...

[fish and chips...terliur aku tgk pic ni hee~~]


[ lasagne]

Aku pn order la lasagne yang telah lama aku idamkan. Dah lama nak makan lasagne tapi masa tak sesuai...arini dapat makan jgak...hihi

[noodle in tom yum soup]

Ni kawan aku makan....kuahnya memang sedap..mee memang best...terbaik lah hihi...walaupun dah terlari budget arini...xpelah dah teringin sgt makan...makan jew la...esk kna makan roti jew la hahah...dah lari budget...


p/s: Baca iklan sampai habis...kalau tak menyesal tidak ada gunanya lagi..ingat nak save akhirnya terlebih budget haha....


Sunday, October 14, 2012

Satay station....

Hari minggu ada hari yang paling menggmbirakan kerana dapat merehatkan badan dan minda dirumah. Seharian duduk rumah rasa lapar plak. Tiba-tiba teringin makan satay...apa lagi kena pekena makan satay la...hari ini nak cuba makan satay kat tempat lain. Tempat ini suggestion dari nenek aku. Aku,mak dan abah aku pn nak rasa la satay yang diperkatakan nenek aku ni di satay station di selayang...

[Ni lah tempatnya..berdekatan dengan kolam renang Sri Antan Selayang yang nak menghala ku Ulu Yam]

Menu utama mesti la satay kan...selain itu ada mee rebus dan sup...Aku makan satay ayam, daging dan merr rebus...memang kenyang la...dah lepas ujan kan perkena teh tarik lagi memang terbaik la..=)

ni mee rebus...

satay ayam & daging...presentation bgs hihi...

Di sini ada pakej perkahwinan di ampang waterfront klau nak tahu mengenai pakej tersebut bolah la kunjungi laman webhttp//www.sataystation.blogspot.com..[wah promote la plak..haha]


Thursday, October 11, 2012

mael lambong....

"Mael lambong tak makan rasuah" Itu adalah petikan dari cerita mael lambong. Hari ini kerja tak banyak sangat...maka aku buat keputusan untuk menonton apa2 cerita..cari punya cari akhirnya aku dan kawan aku decide nk tengok mael lambong...cerita ini mengisahkan seorang lelaki yang bekrja sebagai penarik kereta tanpa sengaja dia telah terjebak dalam kes siasatan jenayah cyber. Banyak halangan diharungi untuk membongkar kes tersebut. Lakonan Zizan Razak sebagai Mael Lambong, Julia Evans, Tai dan ramai lagi....


[ Sejak-sejak ni aku asyik cerita filem jew kan...xpelah ni jew kje aku skrng asyik tgk cerita jew haha]=)

Tuesday, October 9, 2012

29 February....

Ait apa cerita bulan Februari ni...skrng dh nak masuk bulan Oktober la..mamun ka?Hahah...ni nak cerita mengenai filem 29 Februari la...lain kali tanya la dulu...tengok kan dah malu hihi...Cerita arahan Edry Abdul Halim ini mengisahkan Budi (Remy Ishak) dilahirkan pada 29 Februari 1896 ketika itu masih dijajah oleh pihak British.Kelahiranya sangat dinantikan oleh ibu bapanya. Bapanya seorang pegawai kerajaan British. Ibu bapa Budi meninggal ketika penjajahan Jepun. Pihak Jepun membunuh semua yang mempunyai kaitan dengan British. Kelebihan Budi ialah fizikal dah raut muka yang lambat dimamh usia kerana tarikh lahirnya berlaku pada tahun genap iaitu setiap 4 tahun...Budi mulai mencintai Lily (Gina) ketika itu Budi sudah berumur lbh kurang 65 tahun..cinta mereka dihalang oleh keluarga...Apakah kesudahannya..saksikan 29 februari...aku suka tengok pun sebab diaorang shooting kat sekolah aku (MGSKL)..bangga sekolah aku berlakon hahha...nak tengok kt sini pn blh...http://www.bsyokmovies.blogspot.com


Monday, October 8, 2012

Adam & Hawa

Sekarang ni aku asyik melayan cerita adam & hawa.Cerita ini adalah adaptasi dari novel "Adam & Hawa" dari penulis yang tidak asing lagi iaitu Aishah Sofea.Banyak hasil karya aku baca dan aku sangat suka jalan cerita yang dihasilkan,bukan senang nak jai penulis yang terkenal dan orang luar boleh menerima karya kita...Stop!!! dah melalut aku plak ni...cerita ini mengisahkan tentang Adam (aaron aziz) yang diminati ramai..ramai mencerubui Ain Hawani (Nadia Nisaa) kerana dapat mendekati Adam.Kawan baik Adam, Dee (Anzalna) mencemburui keakraban mereka dan memerangkap mereka sehingga ditangkap khalwat. Sejak dari itu, Ain sangat benci pada Adam dan menjauhkan diri dari Adam.Ketika itu, Ain mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Australia..Apakah perkahwinan meraka akan berkekalan? Adakah cinta mereka akan berputik? Adakah cinta mereka seperti Adam & Hawa terpisah di bumi ini? Saksikan cerita ini sebanyak 80 episod...(Adui smp thn ble nak abis ni haha..=p)...Jom layan OST Adam & Hawa








Labur Oh Labur (LOL)


Hari ini saja nak kempen mari melabur di asnb...Jom la melabur dapt ipad 2...siapa yg ada ASB saja yang menyertai kempen ni...kalau yang tak ada jgn sedih2...bkak la akaun ASB skrng...kempen ni sampai bulan Disember ni...jom melabur..=)..keterangan lebih lanjut korang tengok link ni http://www.asnb.com.my


Friday, July 27, 2012

rAmAdHaN....

Dah lama aku xupdate blog..nk kta busy xdela busy sgt...cuma tgn ni mls nk menaip dan otak mls nk memerah apa nk diceritakan...Jap jew dh masuk bln ramadhan..teringt aku bekrja di slah sebuah bank sbg call preferred ( call centre)..bermcm dugaan yg ditrima..slalu dimarah olh branch mnager...tugas aku menerima pangglan dr staff utk mendptkan special FD rate..bermcm2 ragam aku jmp staff bnk ni..mmg kna kesbran yg tinggi..aku ingt kesbran aku tinggi tp nipis mcm kulit  bawang jew hihi...aku tension dan boring kje kt sna...environment disna aku xblh trima..aku decide berhnti...dh duk umh boring plak..lps berbln tanam anggur aku pn dpn tawrn sl1m..kt GLC yg terkenal ni...pd mulanya aku nk quit jew dr program tp ble blh ajk kwn dh lama-kelaman seronok kt sna sb byk ilmu yg aku dpt dan dpt kwn2 bru...skrng ni aku still kt sni..wpun jauh ngan kwn2 tp ktorg still in touch dan byk merancng nk hangout rmai..moga aku dpt keje yg tetap secepat yang mungkin..harap doa aku dibln ramadhan yg mulia ni mudah dimakbulkan amin...

Wednesday, May 2, 2012

...::: Super Spontan:::...


Anda tension? Banyak kerja yang perlu siapkan? Stress banyak kerja menimbun-numbun dipejabat..Ubat yang paling mujarab menonton cerita yg kelakar..sekarang ni cerita yang kelakar yg aku suka tengok ialah super spontan..lawak diaorang memang spontan, tak rugu menonton tiap-tiap minggu memang ketawa terbahak-bahak lah, sampai menitis air mata, hidung hahah...aku suka tengok bahagian ni...


Selain super spontan aku jgak suka tengok karoot komedia. Banyak pengajaran diberikan bukan setakat gelak ketawa sahaja tp byk mesej yg diberikan. Sekarang ni tak ada alasan nak tension, stress, luahkan stress atau tension anda dgn menonton cerita menarik di warna..(promote plak haha)


Wednesday, April 18, 2012

Puisi khas buat mu...

Puisi ini khas untuk mu...

Bagaimana hidupku tanpanya....
Aku kesunyian bila tiada didalam hidupku..
Jiwaku kosong..
Tiada dengar suka, tawa dan tangisannya..
Aku bosan hidup tanpanya..
Dia adalah So ryong dan Mi sol...
Rindu kecomelan Yong wong...
Itulah citer fav aku thn ni "Stay with me my love"...

Hahah..korang ingta mesti apa tadi kan..tiba-tiba jiwang karat plak...


Inilah ceritanya..."Stay with me my love"...

Friday, April 6, 2012

KeRjA..0h KeRjA...

Aku masih mencari kerja lagi, sekarang ni aku aku cuma membantu kawan aku buat skrip, tapi aku nak cari kerja yang tetap. Dah lama  aku tak pergi interview. hari itu aku dapat interview. dari pagi sampai ke petang aku interview, penat betul la hihi...


Hari ini aku tak menulis skrip, aku teman aku pergi contest nescafe. dia nak jadi penyanyi, aku support jew la..tu jew yang mampu. nk ajar vokal tak reti plak hihi..

Penat jgak aku menunggu kat sini..tapi xpela, ari2 pun dia temankan, arini aku teman plak..semoga kawan aku berjaya..good luck my friend..=)


Tuesday, February 14, 2012

..::: stay with me,my love:::...

Dah lama aku xupdate blog aku ni...sibuk buat skrip jew...hahaha..(budget jew kn)...tp topik arini bukan ye sempena valentine kew..aku peduli apa semua tu...aku mana boleh celebrate valentine tu....aku nak cerita pasal cerita korea kat s one hd channel 393...stay with me, my love...best gler ar citer ni..kisah remaja merupakan harapan keluarga tetapi telah jerat dunia cinta sehingga mengadung...banyak liku-liku yg dihadapi dengan cemuhan dari masyarakat...selain tu cerita lie to me, yes captain pun best jgak....
Ni la heroin dlm cerita stay with me, my love...sedih cerita ni, sebab pakwe dia belajar oversea,mak dia antar lepas dgr berita tu...dia yg tanggung derita ni sorang...sekarang dah episod 6...jom tonton ramai-ramai...=)

Friday, February 10, 2012

...::: terbaik punyer...::::

minggu lepas memang cuti panjang..ramai yang ambil kesempatan balik ke kampung..aku kata begitu, sebab kat Mid yang jarang xde orang lengang je..pelik jugak la aku...xkisah la semua tu kan..yang penting aku nak cerita apa aku buat pada hari rabu petang iaitu first day keje lps lama bercuti..aku bkn kisah pun cti ke tak sebab aku cri keje lg hahaha..hari ini aku tolong abah aku masak..hari special pny..iaitu masak ketam ala abah, aku kata begitu ni resipi ciptaan abah aku, dia dapat ilham dari satu restoran ni kt kelana jaya..rasanya ramai yang tau kot fatty crab...tp masakan abah aku selalu terbaik hihi...
Ni la masakan nya..memang sedap tau..(bagi aku la hahah)...

Ni resepi nya...

Bahan-bahan....
  • ketam (ikut korang la nak size besar atau kecil,kunyitkan)
  • bawang putih
  • bawang merah
  • cili kering
  • sos tomato ( yg buat bolognese tu...aku pilih jenama kimball)
  • serbuk lada hitam
  • tepung jagung
  • telur
  • garam dan perasa
  • daun sup dan bawang goreng (hiasan)
Cara-caranya...
  1. masukkan bawang merah dan putih...
  2. setelah kekuningan letak serbuk lada hitam
  3. ok..letak cili kering masak sampai garing..
  4. cili pun dah garing, letak pula sos tomato tu...
  5. pastu letak telur..hancurkan mcm masak scramble 
  6. ok dah agak masak telur tu letak ketam yang dikunyitkan
  7. pastu letak tepung jagung yang dicampur dengan air. ini untuk memekatkan kuah tersebut. ini ikut citarasa anda kalau xsuka pekat letak sikit jew...
  8. letak garam dan perasa untuk menyedapkan masakan
  9. akhir sekali gurnish kita letak daun sup dan bwng goreng..
that it resipi saya kali ini ketam ala abah..walaaa...(ala chef gitu farah quinn hihih)
 masakan ini boleh dimakan dengan roti bakar tak pun dengan nasi goreng cina..macam ni...
macam la ni bentuk nasi goreng cina...walaaa sedap...dan tambahan tempe my favourite..hihi

Inilah masakan yang kedua ynag say ingin kongsi dengan anda semua...

-Selamat Mencuba-